Naratif Islam terancam hanya permainan kelompok ‘gila kuasa’ – YDP Yadim

Naratif Islam terancam hanya permainan kelompok ‘gila kuasa’, kata YDP Yadim.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia(YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menegaskan bahawa naratif Islam terancam hanyalah permainan persepsi yang dimainkan oleh kelompok terdesak mahukan kuasa. Beliau berkata, jika dilihat kepada keadaan semasa, pegawai-pegawai kerajaan tertinggi diduduki oleh orang Islam, manakala negeri-negeri yang dipimpin oleh parti bukan Islam seperti Pulau Pinang masih tetap mendapatkan peruntukkan yang besar bagi memperkasakan kegiatan dakwah Agama Islam.

Hakikatnya masyarakat Islam tidak pernah diganggu sebaliknya perlunya umat Islam melakukan tambah baik dalam kehidupan umat Islam itu sendiri.

Datuk Hasanuddin Mohd Yunus

Mengulas pandangan orang luar kepada Malaysia, beliau memaklumkan bahawa perjumpaan beliau bersama wakil kedutaan asing di Malaysia menganggap Malaysia sebagai negara contoh yang mana sistem pemerintahannya mendatangkan manfaat besar kepada orang Islam.

Beliau menambah, sebagai contoh Islam dijaga secara rapi dibawah Yang Dipertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu. Manakala Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia(MKI) yang dahulunya dibawah Perdana Menteri, kini dipimpin oleh Baginda Sultan Selangor. Ini membuktikan bahawa Islam di Malaysia dalam keadaan terjaga dan bebas berkembang demi manfaat umat Islam.

Tambah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat itu lagi, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggagaskan Malaysia Madani atas inspirasi terhadap usaha Baginda Rasulullah SAW dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar apabila mula memimpin Madinah. Kejayaan Madinah sebagai negara Islam contoh, akan dijadikan role model kepada kemajmukan kaum di Malaysia serta pembangunan negara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*