Nak sembelih orang bukan Islam : Polis buka kertas siasatan terhadap pelakon Zul Huzaimy

Nak sembelih orang bukan Islam : Polis buka kertas siasatan terhadap pelakon Zul Huzaimy. Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal membuka kertas siasatan ke atas pelakon, Zul Huzaimy susulan kenyataan kontroversi yang disifatkan berbaur perkauman.

Menurut Setiausaha PDRM, Noorsiah Saaduddin, pihaknya sudah menerima laporan berhubung video ucapan pelakon berkenaan. Tambahnya, siasatan bakal dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, kenyataan Zul mahu ‘menyembelih’ orang bukan Islam viral melalui rakaman video dalam satu program ceramah yang dikaitkan dengan sebuah parti politik di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Susulan daripada itu, Zul tampil memohon maaf malah mendakwa rakaman video berkenaan telah disunting untuk tujuan pihak tertentu. Zul turut menafikan dirinya terlalu ekstrem dan hanya menujukan kenyataannya kepada “segelintir” orang bukan Islam yang didakwanya tidak membenarkan azan berkumandang.

Turut baca :

Nak sembelih orang bukan Islam : Polis buka kertas siasatan terhadap pelakon Zul Huzaimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*