Nahas pesawat di Elmina : “Kenapa bukan PMX” – Lelaki komen biadap diselar wargamaya

Semalam, Malaysia telah dikejutkan dengan satu berita iaitu tragedi pesawat ringan yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

Media tempatan juga tidak henti melaporkan perkembangan terkini tragedi tersebut dari masa ke semasa.

Selain itu, banyak juga perkongsian yang dimuat naik oleh wargamaya dalam media sosial mengenai tragedi menyayat hati yang meragut nyawa 10 orang itu.

Komen biadap!

Nahas pesawat di Elmina : "Kenapa bukan PMX" - Lelaki komen biadap diselar wargamaya

Bagaimanapun, timbul pula cerita kurang enak selepas tular komen yang ditinggalkan seorang individu di TikTok pada sebuah hantaran mengenai berita tragedi tersebut.

Individu yang menggunakan nama ‘Ceo R15 X Laju’ itu meninggalkan komen berbunyi ‘kenapa lah bukan PMX’ yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komen tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen. Malah individu berkenaan turut menerima kecaman hebat daripada wargamaya.

Rata-rata netizen menyelar tindakan individu berkenaan dan menyifatkan dia seakan tidak menghormati keluarga mangsa.

Dalam masa sama, netizen turut berharap pihak polis dapat mencari individu tersebut. Sementara itu, menerusi tinjauan, individu terbabit dilihat telah menyahaktif akaun TikTok miliknya.

Terdahulu, polis mengesahkan beberapa orang kenamaan merupakan antara 10 lelaki maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, petang Khamis.

Antara yang terkorban ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun.

Insiden tersebut juga turut melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang turut terkorban ketika kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*