PMX mengislamkan saudara baharu, kini bernama Muhamad Anwar Karthiban

PMX mengislamkan saudara baharu, kini bernama Muhamad Anwar Karthiban.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang baru memeluk Islam, hari Jumaat semalam.

Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat jumaat bersama jemaah di sekitar kawasan itu.

Lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.

Terdahulu, kira-kira 1,000 jemaah teruja dapat menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri dan mengambil peluang bergambar.

Selesai bersolat, Anwar bersalaman dengan jemaah yang hadir selama 15 minit sebelum beredar dari masjid kira-kira pukul 2.24 petang, lapor Astro Awani.

Turut hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

PMX mengislamkan saudara baharu, kini bernama Muhamad Anwar Karthiban
Kini bernama Muhamad Anwar Karthiban

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*