Berusia 24 tahun, tinggi 197 cm, atlet cantik Volleyball Turkiye ini jadi tumpuan peminat sukan

Tingginya atlet cantik bola tampar Turkiye, Zehra Gunes! Nama wanita ini mula menjadi perhatian ramai dan popularitinya melonjak naik ketika temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Mana tidaknya, bukan sekadar dikurniakan rupa paras cantik persis seorang ratu bahkan aura atlet ini juga cukup mempersona.

Sewaktu berlangsungnya sukan terbesar dunia itu, Zehra Gunes menjadi tumpuan peminat sukan dan hangat diperkatakan ramai. Dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada 7 Julai lepas.

Bersandarkan ketinggian 197 sentimeter dan wajah jelita yang tak jemu mata memandang membuatkan atlet ini meraih perhatian luar biasa.

16 Julai lalu, pasukan bola tampar wanita Turkiye yang dianggotai Zehra mencipta momen bersejarah apabila memenangi Volleyball Nations League (VNL).

Berlangsung di Arlington, Amerika Syarikat, pasukan bola tampar wanita Turkiye itu berjaya menewaskan pihak lawan dari China.

Sebelum ini Turkiye mempertahankan gelaran tersebut dan memenangi tiga edisi VNL iaitu pada tahun 2018, 2019 dan 2021. Bagaimanapun tahun lalu pasukan Itali merampas tahta
berkenaan.

Zehra yang sentiasa kelihatan ceria, komited dan mudah tersenyum menyandang posisi pemain tengah pasukan atau dikenali sebagai middle blocker.

Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, jelitawan ini mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.

Pada awal pembabitannya sebagai atlet, dia pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017,
mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.

Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Zehra menikmati kejuaraan seawal usia 18 tahun.

Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik Turkiye ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Blocker pada 2019 FIVB Club World Championship.

Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula Gunes pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya
turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.

Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turkiye dan diserap masuk pada Mac 2018. Di samping berjaya mendapat tempat dalam pasukan bola tampar wanita kebangsaan, Zehra dan pasukannya memenangi pingat perak di 2018 FIVB League of Nations dan 2018 Women’s European Championship.

Berusia 24 tahun, tinggi 197 cm, atlet cantik Volleyball Turkiye ini jadi tumpuan peminat sukan

Berusia 24 tahun, tinggi 197 cm, atlet cantik Volleyball Turkiye ini jadi tumpuan peminat sukan Berusia 24 tahun, tinggi 197 cm, atlet cantik Volleyball Turkiye ini jadi tumpuan peminat sukan

Berusia 24 tahun, tinggi 197 cm, atlet cantik Volleyball Turkiye ini jadi tumpuan peminat sukan Berusia 24 tahun, tinggi 197 cm, atlet cantik Volleyball Turkiye ini jadi tumpuan peminat sukan Berusia 24 tahun, tinggi 197 cm, atlet cantik Volleyball Turkiye ini jadi tumpuan peminat sukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*