“Mujur tak kena lenyek…” Pemandu berdepan denda RM13,000 kerana buat gajah marah

Seorang pemandu trak pikap di Thailand berdepan hukuman denda sehingga 100,000 baht (RM12,689) selepas mempamerkan sikap menjengkelkan ketika bertembung dengan seekor gajah di sebuah taman negara di wilayah Nakhon Ratchasima atau Korat, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Facebook dan saluran YouTube ‘Wild Animals at Khao Yai’, lelaki berkenaan dilihat melakukan provokasi terhadap gajah yang melintas di sebatang jalan di Taman Negara Khao Yai.Lelaki tersebut dilihat memandu ke arah gajah itu dan tidak berhenti seketika bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut untuk melintas jalan seperti yang disaran pihak berkuasa.Tindakan itu telah membuatkan gajah tersebut marah sehingga mengeluarkan bunyi kuat.

Pemandu tersebut kemudian memberhentikan kenderaannya, keluar dari trak tersebut dan merakam gambar gajah itu sebelum berlalu pergi.

Video itu menimbulkan kemarahan netizen yang menyelar sikap lelaki berkenaan kerana melanggar peraturan jalan raya, bahkan ada antara pengguna media sosial yang berharap agar gajah tersebut menyerang pemandu berkenaan.

Ketua Taman Negara Khao Yai, Chaiya Huayhongthong berkata, pemandu tersebut telah melanggar Seksyen 20 Akta Taman Negara yang menyatakan bahawa pengunjung perlu mematuhi arahan dan saranan renjer hutan.

Tambahnya, mereka yang melakukan kesalahan tersebut berdepan bayaran denda sehingga 100,000 baht (RM12,689).

Menurut laporan stesen penyiaran Channel 7, pemandu itu telah pun menyerah diri kepada polis dan membayar sejumlah denda yang tidak didedahkan.

Menurut Chaiya, pemandu yang bertembung dengan haiwan liar di taman negara perlu memastikan jarak sekurang-kurangnya 30 meter, mengelak daripada membunyikan hon, mematikan lampu, mengundur ke belakang secara perlahan dan tidak cuba mengejar haiwan tersebut.

Turut baca :

"Mujur tak kena lenyek..." Pemandu berdepan denda RM13,000 kerana buat gajah marah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*