{VIDEO} Kecoh isu suami dayus benarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, ini respon UAI

Kecoh isu suami dayus benarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, ini respon UAI. Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang perkongsian Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang menyifatkan para suami dayus kerana membiarkan isteri bersalin dan disambut oleh doktor lelaki.

Video tersebut mendapat perhatian penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dan beliau menjelaskan hukum dalam bidang perubatan berubah mengikut keadaan.

Jelasnya, jika tiada doktor perempuan untuk membantu proses bersalin si isteri dan perlu dilakukan oleh doktor lelaki hukumnya tidak haram. Ini kerana ia melibatkan nyawa dua orang iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

“Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa‘.

“Haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri,” tegasnya.

Beliau turut berkata hanya golongan berkemampuan sahaja boleh bersalin di hospital swasta kerana kosnya agak tinggi dan mencecah hampir RM10,000.

Jadi, tiada istilah suami dayus jika membiarkan si isteri bersalin dengan doktor lelaki kerana itu sahaja yang mampu dan tidak menggunakan wang yang banyak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*