Muhyiddin bersifat dendam, kerajaan Anwar berteras kepercayaan, Puad bidas Wan Saiful

Muhyiddin bersifat dendam, kerajaan Anwar berteras kepercayaan, Puad bidas Wan Saiful. Seorang pemimpin Umno menegaskan penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim berteraskan “kepercayaan”, berbanding penerimaan gabungan itu dalam kerajaan Muhyiddin Yassin sebelum ini yang bersifat “dendam”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, merujuk kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa kerajaan Anwar masih tidak stabil dan boleh diugut pada bila-bila masa.

Wan Saiful berkata, situasi itu sama ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bawah Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Puad menegaskan, PN seharusnya sedar jika tanpa Akta Anti-Lompat Parti yang diluluskan ketika era pentadbiran Ismail, ramai wakil rakyat gabungan itu akan melompat ke parti lain.

“Penyertaan BN dalam kerajaan perpaduan berasaskan ‘trust’ tetapi Muhyiddin terima sokongan BN dalam kerajaannya dengan niat dendam. Dia mahu membunuh Umno.

“Wan Saiful bangga PN berprinsip kerana sanggup jadi pembangkang. Beliau silap. Akta Anti-Lompat Parti menyelamatkan PN. Tanpa akta itu, ramai MP (wakil rakyat) PN akan lompat parti.

“Apatah lagi ramai Ahli Parlimen PN adalah bekas pelompat parti. Sepatutnya PN berterima kasih kepada BN. Akta itu digubal dan diluluskan semasa BN jadi perdana menteri,” katanya di Facebook.

Puad berkata, kerana dendam kerajaan Muhyiddin hanya mampu bertahan selama 17 bulan saja.

“Sebab itu Muhyiddin boleh jadi PM 17 bulan sahaja. Silap sendiri. ‘Scheme of things’ gagal. Tiada berkat,” katanya.

Muhyiddin bersifat dendam, kerajaan Anwar berteras kepercayaan, Puad bidas Wan Saiful

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*