MoU : Pakatan Harapan telah buktikan tidak berlaku ‘politiking’ di Parlimen

MoU : PH telah buktikan tidak berlaku ‘politiking’ di Parlimen.   Pakatan Harapan (PH) bersedia meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan pada September tahun lalu.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kesediaan untuk meneruskan MoU itu bergantung kepada kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk berunding bagi menyambung MoU tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, tiada masalah untuk meneruskan MoU selepas 31 Julai kerana PH sentiasa terbuka menilai sebarang cadangan demi kebaikan rakyat.

“Jika ada cadangan (MoU baharu) demi kepentingan rakyat, kita bersedia timbang serta sentiasa terbuka untuk menilai.

Salahuddin Ayub

“PH dah buktikan apabila MoU ditandatangani, kita bersama-sama bantu rakyat. Tidak berlaku ‘politiking’ di Parlimen malah Belanjawan 2022 berjaya diluluskan dengan konsensus dan banyak usul kerajaan kita terima demi kepentingan rakyat

“Kalau Perdana Menteri datang untuk kita berunding lagi mengenai MoU, PH sedia timbang kerana ia kepentingan rakyat,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*