Minta rasuah RM45,000, penjawat awam ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan melantik sebuah syarikat sebagai pembekal untuk program di bawah sebuah jabatan kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan kira-kira 9.45 pagi tadi di pejabat SPRM Kelantan ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM45,000 daripada individu berkenaan.

“Suspek juga dipercayai meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat pelantikan sebagai pembekal bertujuan memperdayakan pemilik syarikat tersebut untuk membayar wang rasuah diminta.”

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*