“Menyesal tak berguna lagi…” Angkara berebut tempat duduk dalam kereta adik maut ditikam kakak

“Menyesal tak berguna lagi…” Angkara berebut tempat duduk dalam kereta adik maut ditikam kakak. Seorang pelajar lelaki maut setelah dibaling dengan sebilah pisau oleh kakaknya dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di kawasan Ulu Pulai, Ulu Choh, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa berusia 16 tahun itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara mangsa dan kakaknya.

Katanya, ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta semasa balik sekolah.

“Kakak mangsa berusia 18 tahun mengaku telah membaling sebilah pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah.

“Suspek telah ditangkap dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rahmat, mangsa disahkan mati pada pukul 2.30 petang.

Katanya, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*