{VIDEO} Lelaki curang diserang teman wanita, anak isteri tanggung malu

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang curang diserang oleh teman wanitanya ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah bersama isteri dan anaknya, lapor laman berita Wolipop.

“Kronologi kejadian iaitu pasangan suami isteri tersebut sedang menunggu untuk menonton wayang di pawagam. Seorang wanita yang lalu-lalang mengenali lelaki itu dan bersemuka dengannya,” kata perakam itu.

Menurut si perakam, wanita itu memarahi lelaki yang keluar bersama isterinya. Isteri lelaki itu kelihatan pasrah ketika suaminya bergaduh dengan wanita terbabit ketika sedang mendukung bayinya.

“Wanita itu datang dan menunjukkan mesej perbualan mereka kepada isteri lelaki tersebut sehingga membuat kecoh di pusat beli-belah. Dia menarik tangan isteri lelaki itu walaupun sedang mendukung anak.

“Bayi itu kemudian diambil oleh si suami sebelum dia dipukul. Mereka terus bergaduh di depan khalayak ramai,” katanya.

Situasi semakin tegang sehingga dua pengawal keselamatan terpaksa terlibat untuk menyuraikan mereka.

Pasangan itu kemudian diminta ke pos pengawal keselamatan untuk disoal siasat.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Isterinya hebat kerana bersabar,” kata seorang netizen.

“Semoga isteri dan anaknya yang sah dikurniakan kebahagiaan,” kata netizen lain.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*