Menteri berjaya bongkar sesuatu peristiwa yang memalukan negara

Menteri berjaya bongkar sesuatu peristiwa yang memalukan negara. Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya Tiong King Sing berkata “peristiwa yang memalukan negara” telah terbongkar, susulan laporan mengenai kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan warga China ditahan di balai ketibaan.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang “kronik” di pintu masuk negara.

“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, portal Bebas News melaporkan seorang menteri membuat kecoh apabila masuk ke balai ketibaan untuk membantu seorang warga China yang ditahan daripada masuk ke negara ini.

Menteri itu juga dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai imigresen ketika beliau cuba membantu wanita berkenaan.

Tiong mengesahkan beliau individu dalam gambar kejadian yang ditularkan, dan berada di KLIA ketika itu selepas menerima aduan daripada pelancong.

Beliau menafikan dakwaan dia melepaskan pelancong yang ditahan imigresen. “Saya tiada kuasa untuk itu, dan saya hanya merosakkan reputasi saya sendiri jika berbuat demikian.”

Menurutnya, kejadian itu menimbulkan masalah komunikasi antara pelancong dan pegawai terbabit sehingga menyebabkan imigresen gagal mendapatkan dokumen yang diperlukan. “Timbul persoalan kenapa mereka menolak penterjemah yang disediakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad?”

Menurut Tiong, bersamanya ketika itu pegawai siasatan dari unit integriti bawah kementerian.

“Pada mulanya saya tidak mahu mendedahkan perkara ini kerana sedang bertindak mengikut saluran serta platform yang lebih praktikal.

“Saya merasakan sudah tiba masanya SPRM masuk ke KLIA secara besar-besaran,” katanya.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook hari ini berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*