‘Saya bukan babi’, Syed Saddiq pertahan tindakan bangkitkan isu isytihar harta

PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan tindakannya membangkitkan isu berkaitan pengisytiharan harta dalam kalangan anggota Kabinet.

Ia selepas Ahli Parlimen Muar itu menerima cacian agak keras daripada warganet daripada kumpulan dipercayai penyokong kerajaan ekoran kenyataan dikeluarkan berhubung isu tersebut.

Jelasnya, perkara yang ditimbulkan itu tidak dapat dibawa untuk diusulkan di Parlimen seperti gesaan sesetengah pihak kerana Dewan Rakyat ketika ini tidak bersidang.

“Saya manusia, bukan babi. Also, pertama Dewan tidak bersidang sekarang. Tak kan lah saya makan gaji buta bila dewan tak bersidang.

“Kedua, bila saya bawa usul, janganlah tolak buta buta macam usul penyelewengan kapal tempur pesisir (LCS) saya dulu,” katanya menerusi ciapannya di Twitter pada Jumaat yang menjawab kecaman berhubung kenyataannya mengenai isu tersebut.

Syed Saddiq pada 28 Jun lalu meminta kerajaan untuk memberikan penjelasan berhubung pelaksanaan dasar pengisytiharan harta dalam kalangan anggota Kabinet baharu bagi mengelakkan isu penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dalam ciapan berasingan pada Khamis, Syed Saddiq berkata, beliau membangkitkan perkara tersebut kerana ia merupakan amalan yang sudah dilaksanakan kerajaan PH sebelum ini apabila buat pertama kalinya menerajui negara pada 2018.

“Saya tanya soalan mudah. Sudah 7 bulan berkuasa, mengapa barisan kabinet belum isytiharkan harta? This is about Good Governance (Ini adalah berkaitan pentadbiran yang baik.

“Ia sudah diamalkan sejak 2018. Malah turut dikongsikan secara terbuka melalui laman web SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Mengapa berhentikan dasar ini?

“What is there to hide? (Apa perkara yang perlu disorok),” soalnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*