Menantu tiga tahun lebih tua berbanding ibu mentua curi perhatian netizen

Menantu tiga tahun lebih tua berbanding ibu mentua curi perhatian netizen.

Seorang wanita di Indonesia mencuri perhatian netizen selepas berkongsi kisahnya yang berusia tiga tahun lebih tua berbanding ibu mentuanya.

Berdasarkan hantaran dikongsikan di laman TikTok, wanita tersebut berkata, dia dan suaminya turut mempunyai perbezaan umur sebanyak 30 tahun.

“Cinta tidak mengenal usia. Suami berusia 20 tahun dan saya 50 tahun. Kami telah berumah tangga selama tujuh tahun, doakan kami bersama sampai ke hujung nyawa,” kata wanita berkenaan dalam hantarannya.

Turut baca

Wanita yang menggunakan akaun bernama @riavangobel2 itu turut berkongsi klip video memaparkan kemesraan antara dirinya dengan suami dan ibu mentuanya.

Tambah wanita tersebut, jarak usia tiga tahun dengan ibu mentuanya membuatkan mereka berasa seperti rakan baik. Dia bagaimanapun tetap menghormati wanita itu dan memanggilnya dengan gelaran ‘Mama’.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen dengan rata-rata memberikan komen positif.

“Jodoh sudah ditentukan. Apa yang penting adalah saling mengisi kekosongan hidup,” kata seorang netizen.

“Saya kagum dengan si ibu mentua kerana mengizinkan anak lelakinya berkahwin dengan wanita yang jauh lebih berusia,” kata seorang netizen lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*