Malaysia lakar sejarah, dapat pilih waktu melontar

Malaysia lakar sejarah, dapat pilih waktu melontar.

Selepas menjadi negara pertama menerima permit operasi perubatan di Arab Saudi, Malaysia sekali lagi melakar sejarah baru apabila dijemput kerajaan itu untuk memilih waktu melaksanakan ibadah melontar jamrah.

 

Kata Ketua Rombongannya, Haji Datuk Seri Syed Abdul Rahman, kelebihan yang diberikana membolehkan Malaysia memilih antara 8 hingga 10 malam untuk ibadah itu.

Malah, ia juga memberi keselesaan berbanding cuaca pada waktu siang yang boleh mencecah suhu melebihi 50 darjah Celcius.

“Malaysia dipanggil sebagai negara pertama dan diberi keutamaan untuk memilih. Apabila perbincangan dengan Kementerian Haji dan Umrah, mereka hanya menerima apa sahaja waktu yang kita pilih dan ia sudah dimeterai dalam satu perjanjian antara Malaysia dan Arab Saudi.”

“Jadual yang dipilih bersesuaian dengan jemaah haji dan jadual operasi haji kita. Ini satu kebaikan kerana kita diberi keutamaan…negara lain kemungkinan akan pergi pada waktu pagi, Zuhur dan Asar manakala kita pergi waktu malam.”

Untuk makluman, hari ini kerajaan Arab Saudi akan mula melihat anak bulan bagi membuat penetapan sama ada bulan Zulhijah akan bermula pada 30 Jun atau 1 Julai.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*