Lemah! Majlis perkahwinan mewah tetapi tidak mampu bayar jurugambar

Seorang jurugambar meluahkan rasa terkilan terhadap sepasang pengantin baharu yang tidak mampu membuat pembayaran kepadanya meskipun mengadakan majlis perkahwinan di hotel mewah, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan, jurugambar tersebut berkata, pelanggannya berkahwin di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Bekasi, wilayah Jawa Barat.

Pasangan pengantin itu juga dikatakan berasal daripada golongan berkemampuan berdasarkan keadaan majlis perkahwinan yang diadakan.

“Hati saya berasa amat sakit kerana pandangan saya terhadap mereka tidak sama dengan realiti yang berlaku.

“Semua kerja keras, waktu dan tenaga kami tidak dihargai,” kata jurugambar berkenaan.

Tambahnya, dia sudah beberapa kali bertanyakan hal itu kepada pasangan berkenaan, namun pembayaran masih juga belum dibuat.

“Semoga selepas menonton video ini mereka dapat membuat pembayaran kerana semua gambar dan video sudah siap,” katanya.

Video tersebut menjadi tular dengan pelbagai komen diberikan netizen.

“Kalau mahu mengadakan majlis, pastikan mengikut kemampuan. Jangan hanya mampu bergaya tetapi menyusahkan orang lain,” kata seorang netizen.

“Jangan diberi gambar-gambarnya, tunggu sehingga bayaran dibuat,” ujar seorang lagi pengguna.

Turut baca

Lemah! Majlis perkahwinan mewah tetapi tidak mampu bayar jurugambar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*