Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Lebih 600 belia menyertai Program Usahawan Muda 2023 peringkat Johor di Pasir Gudang anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Peserta terdiri daripada pelbagai politeknik, institusi pengajian tinggi (IPT), kolej-kolej dan institut latihan setempat.

Program Daya Niaga yang berfokuskan kepada menyemai nilai-nilai perniagaan yang mantap dalam diri itu dilancarkan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, beliau juga sempat menyampaikan sumbangan enam unit mesin dialisis kepada Waqaf An-Nur yang merupakan rakan strategik SSM.

Selain itu, jelasnya, beliau turut menyerahkan agihan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM37,500 kepada 11 IPT terlibat serta agihan CSR berjumlah RM17,000 kepada tujuh IPT.

“Saya harap inisiatif yang digerakkan oleh SSM ini dapat memberi motivasi kepada para mahasiswa untuk terus menjadi usahawan, serta agihan yang diberikan dapat meringankan sedikit sebanyak bahu mereka,” kata Salahuddin.

Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Lebih 600 belia IPT sertai program usahawan muda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*