Konvoi bantuan terjah ke Gaza walaupun berhadapan ancaman

Konvoi bantuan terjah ke Gaza walaupun berhadapan ancaman.

Konvoi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin terus memasuki Gaza melalui pintu Rafah bersempadan Mesir di tengah-tengah serangan Israel yang semakin mengganas.

Sebanyak 17 lagi trak membawa barangan keperluan termasuk ubat-ubatan pada Ahad selepas 20 trak dibenarkan masuk pada Sabtu.

Thomas White dari Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagaimanapun berkata, sehingga kini Israel tidak membenarkan bahan api dibawa masuk ke Gaza.

“Tiada bahan api masuk ke Gaza. Bahan api sangat kritikal sekarang, kami memerlukannya untuk memastikan operasi bantuan berjalan,” katanya.

Agensi bantuan memberi amaran bahawa penghantaran bekalan harus kekal konsisten kerana ia hanya sedikit dan tidak dapat menampung keperluan besar 2.3 juta penduduk Gaza.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*