“Kaum Hawa perlu tau…” Apa patut buat jika diceraikan melalui WhatsApp

“Hidup perlu ilmu…” Apa patut buat jika diceraikan melalui WhatsApp.  Pencerian merupakan jalan terakhir yang dipilih oleh suami isteri apabila sudah tidak wujud lagi rasa cinta dan persefahaman melibatkan pasangan meskipun ada kes perkahwinan sudah mencecah puluhan tahun.

Apabila suami melafazkan “aku ceraikan kau” maka, talak boleh jatuh dan penceraian berlaku serta-merta.

Situasi itu selalunya berlaku apabila suami melafazkannya secara berhadapan dengan isteri namun zaman serba canggih ini ada yang menggunakan medium melalui teks iaitu WhatsApp.

Persoalannya, adakah tindakan melulu suami yang menceraikan isteri menerusi WhatsApp itu dianggap sah?

Mengupas perkara itu, peguam syarie, Khairul Fahmi Ramli berkata, situasi suami menceraikan isteri melalui medium sebegitu dikira sebagai lafaz cerai kinayah.

“Jika datang dari bentuk bertulis, walaupun niatnya jelas ‘aku ceraikan kau’ ia adalah lafaz cerai kinayah.

“Maksudnya dikira sebagai kiasan. Dia perlu datang dengan perakuan dari suami dan niat suami.

“Dulu sebelum ada WhatsApp dan sebagainya ada yang lafaz cerai melalui mesej,” katanya menerusi sesi soal jawab bersama pengikutnya di laman Tik Tok.

Menurutnya, jika situasi itu berlaku, isteri boleh memfailkan saman di Mahkamah Syariah dan membuka kes yang bernama pengesahan lafaz cerai luar mahkamah.

Jelasnya, ketika hari perbicaraan, suami perlu ada dan sekiranya lelaki berkenaan tidak hadir maka kes tidak boleh berjalan.

“Jika tak datang, kes tidak boleh berjalan kerana kita inginkan pengesahan dan niat daripada suami.

“Jika suami kata betul dia hantar mesej itu. Mahkamah akan tanya ada niat ke? Jika dia kata memang ada niat nak bercerai. Jadi ia dikira sebagai sah.

“Kesimpulannya, isteri perlu buka segera kęs pengesahan lafaz cerai di mahkamah jika menghadapi situasi sebegitu,” katanya.

Turut baca

"Kaum Hawa perlu tau..." Apa patut buat jika diceraikan melalui WhatsApp

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*