{VIDEO} “Kata orang salin tikar…” Atuk’ 90 tahun ‘rembat’ bekas kakak ipar 28 tahun selepas ceraikan isteri.
Telah bercerai dengan isteri, seorang warga emas berusia 90 tahun memutuskan untuk berkahwin dengan bekas kakak iparnya.
Kejadian yang berlaku di Sulawesi Tenggara itu melibatkan Paduai, 90 memutuskan untuk berkahwin dengan bekas kakak iparnya, Shintia, 28 setelah bercerai dengan bekas isteri, Shintia yang berusia 25 tahun.
Langsung tidak berdendam, Shintia akui turut bahagia melihat pernikahan kakaknya dengan bekas suami selain mendoakan perkahwinan mereka kekal bahagia.
“Selepas berpisah dengan Paduai barulah kakak saya berkahwin dengannya.”
“Kami dah lama berpisah. Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Difahamkan pada pernikahan bekas suami dengan kakak iparnya, 14 Jun lalu, Shintia turut menghadiri majis tersebut dan mendoakan pasangan itu kekal bahagia.
Turut baca
Leave a Reply