{VIDEO} “Bayar upah kerja…” Atuk pura-pura ketawa bila tahu duit palsu, buat ramai menangis

“Bayar upah kerja…” Atuk pura-pura ketawa bila tahu duit palsu, buat ramai menangis.

Tular satu video menunjukkan reaksi sayu seorang ‘atuk’ yang menerima upah bekerja menebang tebu dengan duit palsu.

Menerusi video yang dikongsi, warga emas tersebut dipercayai ditipu oleh majikannya yang disifatkan sebagai kejam, menganiaya orang tua yang sudah tidak berdaya.

Lebih menyayat hati, ‘atuk’ berkenaan menutup kekecewaaannya dengan ketawa, buat ramai menangis melihat peristiwa ini. Kejadian yang dipercayai berlaku di Lampung Indonesia ini buat ramai turut mengecam tindakan majikan yang kejam ini.

“Ya Allah kesian sangat, dibagi duit mainan (palsu). Sudah susah-susah kerja tebang tebu. Tetapi ditipu.”

Rata-rata netizen bengang dan marah dengan tindakan majikan berhati kejam ini malahan ramai yang suruh melaporkan hal ini kepada pihak polis.

Terbaru, kes tersebut dipercayai sudah selesai dan majikan berkenaan menjelaskan duit mainan tersebut merupakan milik anaknya sebelum dia menggantikan duit yang baru bernilai 470,000 rupiah (anggaran RM139.39).

Turut baca

{VIDEO} Terhidu bau busuk, peniaga terkejut lihat mayat jiran membengkak di ruang tamu

“Terlajak suci…” Netizen ‘korek’ gambar lama lelaki kecam arwah Adibah Noor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*