“Kalau gigi palsu dah patah riuk…” Wanita kongsi pengalaman ngeri, beli pulut panggang, ketupat palas keras macam batu

Memasuki hari ke-17 Ramadan, masih terdapat beberapa pengguna melahirkan rasa kecewa dengan makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi pengalaman ngeri membeli pulut panggang dan ketupat palas yang disifatkan keras seperti batu.

Menerusi video yang dimuat naik di kumpulan Masakan Terengganu, wanita itu mengetuk makanan tersebut bagi membuktikan ia betul-betul keras dan tidak boleh dimakan.

Bukan itu sahaja, pembeli itu kemudian membaling pulut panggang tersebut pada dinding bagi meyakinkan pengguna media sosial.

“Allah, keras betul. Berdebar nak makan bila dengar bunyi ketukan pulut panggang ini. Kenapa keras macam ini. Ni bekas aku gigit tak boleh nak makan langsung.

“Habis luruh gigi kalau gigit kuih keras macam ni. Kalau gigi palsu ini dah patah riuk. Kalau baling dekat orang pula mesti berlubang dahi,” luahnya menerusi video itu.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai yang meminta pembeli tersebut meminta ganti rugi selain menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa lagi.

“Mesti kes berapa kali hangat (panaskan) balik ini, itu yang jadi keras. Kalau bawa semula kepada tuannya, mesti tak mengaku dia beli dengan orang lain.

“Biasanya pulut apabila bakar dua kali atau goreng masa panas memanglah lembut, bila sejuk keras macam batu. Janganlah jual macam itu pada bulan puasa,” kata Nilawati.

“Saya baru beli sate, keras juga. Kes peniaga hangat (panaskan) makanan jualan. Tolonglah peniaga jangan buat khianat pada orang begini. Orang bayar dengan harga yang dia tetapkan,” komen Achie.

“Simpan kuih itu esok bawa kepada peniaga balik. Macam mana berniaga kuih keras macam ini,” komen Mimi pula.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*