Tak puas hati kena tendang punca lelaki maut ditumbuk warga asing

SEORANG lelaki maut ditumbuk lelaki warga asing selepas terlibat dalam perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di Sea Park, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi, lelaki warga asing berusia 40-an terbabit dikatakan terlanggar badan mangsa berusia 40-an sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

“Suspek tidak berpuas hati apabila mangsa ada menendangnya sedikit sebelum dia bertindak melepaskan satu tumbukan ke arah mangsa.

“Akibat tumbukan itu mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Selasa.

Tak puas hati kena tendang punca lelaki maut ditumbuk warga asing
Seorang lelaki maut ditumbuk lelaki warga asing selepas terlibat dalam perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di Sea Park, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

Shahrulnizam berkata, polis menahan warga asing tersebut bagi membantu siasatan dan direman sehingga Jumaat ini.

Jelasnya, rakan mangsa yang terlibat dalam pertengkaran itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*