Isteri pemilik kelab komedi berdepan ugutan bunuh

Polis menyiasat kes ugutan bunuh terhadap salah seorang pemilik kelab komedi Rizal van Geyzel, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid.

“Untuk makluman semua, pihak polis PJ ada menerima laporan polis yang dibuat oleh pemilik Mycomedy Sdn Bhd.

“Kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Seksyen 507 berkaitan tindakan menakut-nakutkan secara jenayah.

Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid

Sebuah portal semalam melaporkan Rizal membuat laporan polis setelah isterinya menerima ugutan bunuh melalui telefon bimbit, di samping sumpah seranah dan serangan lisan lain.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur petang semalam, beberapa jam selepas Crackhouse disimbah cat oleh pihak yang belum dikenal pasti.

Crackhouse terpalit dengan kontroversi persembahan lawak yang didakwa menghina Islam oleh seorang wanita Siti Nuramira Abdullah yang menanggalkan baju kurung, tudung dan kain selepas memberitahu menghafal 15 juzuk al-Quran.

Rizal sebelum ini ditahan polis untuk disoal siasat mengenai isu yang menyentuh sensitiviti kaum.

Crackhouse mengecam persembahan Nuramira dan mengharamkan wanita itu dan kekasihnya memasuki premis mereka dan membuat laporan polis.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*