“Ingat senang ke nak cari kerja…” Pekerja Islam bank konvensional disaran cari pekerjaan lain – Mufti

“Ingat senang ke nak cari kerja…” Pekerja Islam bank konvensional disaran cari pekerjaan lain – Mufti

Pekerja yang beragama Islam di sesebuah bank konvensional disarankan agar berusaha sebaik mungkin mencari pekerjaan halal yang lain.

Saranan tersebut disuarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Luqman Abdullah dalam perkongsian di laman sesawang rasminya.

Beliau berkata, bank konvesional mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram jika orang Islam terlibat dalam aktiviti terbabit

“Perbezaan yang ketara antara bank konvensional dan bank islamik di sini boleh dilihat pada keuntungan dalam perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak seperti kontrak jual beli.

“Manakala faedah dalam perbankan konvensional pula, diperoleh secara langsung daripada kontrak piniaman dan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba,” katanya.

Jelas Luqman, mereka yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerjaan dilakukan hukumnya adalah haram.

“Namun, mereka yang tidak terkait langsung dengan transaksi riba pekerjaanya adalah harus.

“Justeru itu, individu yang bekerja dalam dunia bank pekerjaan konvensional, dinasihatkan supaya berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain,” pesannya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*