“Ibu sudah meninggal, adik tidak mahu berpisah…” Murid 7 tahun gendong adik dalam kelas buat rami sebak.
Sebak melihat seorang murid perempuan berusia tujuh tahun mengendong adik lelakinya di dalam kelas.
Kisah kanak-kanak itu menjadi tular di media sosial apabila setiap hari membawa adiknya berusia tiga tahun ke sekolah.
Kejadian berlaku di Sinjai di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Nuraeni itu merupakan murid di sebuah sekolah di Kampung Barania, Sinjai Barat.
Setiap hari, dia terpaksa membawa adiknya ke sekolah kerana ibunya meninggal dunia akibat kanser setahun lalu.
Sambil menggendong adiknya bernama Akbar, Nuraeni kelihatan tetap fokus menulis di kelas.
Semasa ibunya masih hidup, Nuraeni juga yang menjaga ibu dan adiknya.
“Ibunya sudah meninggal, si adik tidak mahu berpisah dengan kakaknya, dia mahu dibesarkan oleh kakaknya,” kata Ketua Kampung Barania, Firman pada Selasa memetik TribunTimur.
Setiap hari, Nuraeni berjalan kaki sejauh 200 meter sambil mengendong adiknya ke sekolah.
Dua beradik itu tinggal bersama bapanya yang bekerja sebagai petani dan keluarga itu kurang berkemampuan.
Menurut ketua kampung, tidak ramai saudara Nuraeni mahu menjaga adiknya ketika dia ke sekolah, dan pada masa sama, adiknya juga enggan berpisah dengannya.
Turut baca :
Leave a Reply