Haram menari lenggang-lenggok seperti pondan – Mufti

Jabatan Mufti Negeri Sembilan menegaskan bahawa hukum menari lenggang-lenggok seperti pondan adalah haram untuk semua lelaki dan perempuan.

Berdasarkan Kitab al-Syahadat karangan Imam al -Nawawi dalam bab Hukum al-Ghina, 1991, Jilid 11, muka surat 229 menyatakan, menari tidak haram melainkan tarian itu lenggok-lenggok umpama pondan dan ia haram bagi lelaki dan perempuan.

Penjelasan daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan itu dibuat susulan kontroversi yang dicetuskan ahli perniagaan terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Haram menari lenggang-lenggok seperti pondan – Mufti

Sebelum ini, Aliff Syukri dikecam hebat pelbagai pihak selepas klip video yang dimuat naik berjudul Love Raya yang memaparkan sekumpulan lelaki menari dianggap tidak sopan terutama ketika umat Islam berada di bulan Ramadan.

Bagaimanapun, Aliff Syukri telah memohon maaf secara umum selepas ditegur oleh ibunya, Rozita Ibrahim yang juga usahawan terkenal kerana membikin video yang tidak sepatutnya pada bulan Ramadan

Berdasarkan video tersebut, kelakuan tidak berakhlak ini merosakkan imej seorang lelaki Melayu dan juga cara berpakaian orang Melayu itu sendiri malah turut dikatakan menghina agama Islam kerana ingin melancarkan muzik videonya itu pada 10 Ramadan terakhir.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*