Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap muridnya sehingga patah tulang kaki kanan.
Tertuduh, Ahmad Mursyidin Abdullah membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Mengikut pertuduhan, guru terbabit yang berusia 37 tahun didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada mangsa yang berusia sembilan tahun dengan menyebabkannya patah tulang di bahagian kaki kanan.
Kesalahan itu dilakukan dengan cara mengangkat dan menghempas mangsa di sebuah kerusi kayu di dalam sebuah kelas pada jam 4.15 petang pada 6 Julai lalu.
Selepas pengakuan dibuat, mahkamah menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Turut baca :
- “Bukan tak boleh makeup…” Elok warna kuning ditukar biru, kereta hampir ‘bercium’ sebab signal samar
- {VIDEO} Panas !!! Peniaga mengamuk, berang individu jual makanan sama dengannya
Leave a Reply