“Tuduh tanpa bukti…” Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak

“Tuduh tanpa bukti…” Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak.

Seorang lelaki parah ditetak dengan sebilah parang selepas dipercayai menuduh dua orang penduduk kampung meracun tanaman serainya dalam kejadian di kebun getah Kampung Gajah Mati Slow Temiang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 39 tahun pecah tengkorak kiri bahagian kepalanya selain mengalami luka dalam pada bahagian belakang badannya dalam pergaduhan tersebut.

"Tuduh tanpa bukti..." Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, suspek bersama seorang lagi lelaki berjalan kaki di kawasan kebun mangsa untuk ke tempat letak kereta.

Menurutnya, mangsa yang melihat suspek terus menjerkah dan menuduh kedua-dua lelaki itu meracun tanaman serainya.

Turut baca

“Suspek memaklumkan bahawa dia tidak berbuat demikian sebelum mangsa dikatakan membaling buluh tajam, batu dan sabit tajam ke arah mereka selain menyerang dengan sebilah parang.

“Insiden itu menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka sehingga mangsa cedera ditetak suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain pecah tengkorak kepala, tangan dan kaki kirinya turut bengkak sehingga kesemua kecederaan itu boleh mendatangkan kecacatan kekal.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

1 Trackback / Pingback

  1. {VIDEO} "Semoga terus kuat terrr..." 2 hari lagi nak nikah, gadis kecewa bakal suami jauhkan diri - Sengat Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*