“Halal, haram belakang cerita…” Kami raikan sebab seronok, penduduk Arab Saudi sakan sambut Halloween

“Halal, haram belakang cerita…” Kami raikan sebab seronok, penduduk Arab Saudi sakan sambut Halloween. Satu perkara yang mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam apabila negara Arab Saudi meriah menyambut sambutan Halloween pada tahun ini.

Difahamkan sambutan tersebut di sambut di Boulevard, Riyadh dimana tempat berkenaan diubah menjadi pesta pakaian seram yang dilangsungkan pada Khamis dan Jumaat.

Untuk memasuki tempat berkenaan dengan percuma, pelawat diberikan satu syarat iaitu perlu berpakaian menakutkan ataupun kostum watak menyeramkan.

Pihak media telah menemubual seorang pengunjung bernama Abdulrahman yang turut hadir pesta berkenaan dengan berpakaian mahkluk mitologi Amerika Utara Wendigo untuk bertanyakan perasaannya.

Menurut Abdulrahman, ini merupakan kali pertama menyambut Halloween di negara Arab Saudi dan meluahkan rasa seronok.

Jujurnya, saya dapat rasa semangat keseronokan. Dari segi haram atau halal, saya tidak tahu mengenainya. Kami raikan hanya untuk keseronokan.

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan bunga api besar-besar dan kesan bunyi khas dan hiasan yang menyeramkan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*