Guru ngaji didakwa cabul pelajar sebanyak 20 kali

Guru ngaji didakwa cabul pelajar sebanyak 20 kali. Seorang guru mengaji didakwa mencabul pelajar bawah umur sebanyak 20 kali dalam tempoh dua tahun di sebuah institusi pendidikan agama.

Menerusi laporan Kompas, mangsa sering menangis dalam dakapan ibu apabila balik dari tempat mengaji. Apabila ditanya, mangsa tidak berani mengatakan apa-apa dan itu membuatkan ibu bapa kepada mangsa risau dengan keadaan anaknya.

Mangsa dikatakan mempunyai perubahan dari segi tingkah laku. Pasangan suami isteri itu bertindak untuk memeriksa telefon bimbit mangsa dan menjumpai bukti perbualan yang menjijikkan.

Daripada pemeriksaan telefon bimbit itulah, ibu bapa kepada mangsa menjumpai perbualan mengenai suspek yang memperkosa anaknya .

Susulan itu, suspek dipercayai pernah melakukan hubungan seks dengan dua pelajarnya selama dua tahun. Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis dan kes masih dalam sisatan.

Turut baca :

Guru ngaji didakwa cabul pelajar sebanyak 20 kali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*