Suami tikam isteri lebih 20 kali selepas bertengkar

Suami tikam isteri lebih 20 kali selepas bertengkar. Seorang lelaki warga Britain yang menghidapi penyakit Alzheimer didakwa menikam isterinya sebanyak lebih 20 kali sehingga mati di apartment mereka di Costa del Sol.

Terdahulu, lelaki berusia 80 tahun itu pernah ditahan tiga kali kerana melakukan penderaan domestik, namun tidak dikenakan pendakwaan atas alasan dia menghidapi penyakiy nyanyuk.

Kes pembunuhan itu terbongkar selepas isterinya yang berusia 69 tahun sempat menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan suaminya menikam dia sebanyak empat kali sebelum panggilan terputus.

Suami tikam isteri lebih 20 kali selepas bertengkar
SUSPEK menikam isterinya di rumah mereka di sebuah apartment di Costa del Sol, Sepanyol.

Polis Sepanyol kemudiannya tiba di apartment itu dan menemukan mayat mangsa terbaring atas lantai dapur dengan lebih 20 kesan tikaman, manakala suaminya yang disyaki melakukan pembunuhan itu terbaring atas katil.

Suspek ditanya beberapa soalan sebelum ditahan dan kini berada di bawah kawalan polis.

Media tempatan melaporkan, mangsa pernah membuat tiga laporan mengenai sikap pendera suaminya, namun hanya berdiam diri selepas laporan dibuat, menyebabkan polis tidak dapat mengambil tindakan lanjut.

Menurut seorang jiran, pasangan suami isteri itu sudah menetap di kediaman tersebut selama lebih 30 tahun.

“Polis pernah datang ke rumah itu sebelum ini akibat laporan keganasan domestik, namun ia hanya setakat itu, tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya yang enggan dedahkan identiti.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*