Guru ditangkap tonton video lucah dalam kelas cetus kemarahan orang ramai

Guru ditangkap tonton video lucah dalam kelas cetus kemarahan orang ramai.

Seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah perempuan Hong Kong bertindak meletak jawatan selepas ‘ditangkap menonton video lucah di dalam kelas dan secara tidak sengaja memaparkan imej tersebut pada skrin, lapor akhbar South China Morning Post.

Guru ditangkap tonton video lucah dalam kelas cetus kemarahan orang ramai
NSIDEN yang berlaku di Kolej Leung Shek Chee di bandar Kwun Tong itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai

Kolej Leung Shek Chee di bandar Kwun Tong kelmarin turut memaklumkan bahawa pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada Biro Pendidikan dan pegawai polis perhubungan masyarakat.

Sekolah menengah subsidi kerajaan itu dalam satu kenya­taan berkata, pihaknya me­nerima laporan mengenai guru tersebut yang didapati menonton video lucah semasa kelas berlangsung dengan imej porno terpancar di skrin dan dilihat oleh pelajarnya.

Turut baca

Pihak sekolah telah menggantung kerja guru tersebut Isnin lalu. Dia mengaku bersalah kepada pengetua sekolah dan meletak jawatan berkuat kuasa hari yang sama, kata pihak sekolah sambil memaklumkan nama keluarga guru itu sebagai Chiu.

Pihak sekolah juga menyediakan sesi kaunseling dan sokongan lain kepada pelajar dan memaklumkan ibu bapa mereka yang terlibat mengenai kejadian tersebut.

“Sekolah ini sangat memen­tingkan tingkah laku professional guru dan menganggap misi utamanya untuk melin­dungi kesejahteraan pelajar,’’ kata sekolah tersebut.

Seorang jurucakap biro pendidikan berkata, pihak berkuasa telah menerima aduan mengenai kejadian itu dan akan terus membuat siasatan susulan walaupun guru itu telah meletak jawatan.

Beliau berkata, pihak sekolah telah digesa untuk menjalankan siasatan dan dikehendaki mengemukakan laporan, manakala biro itu juga akan mengumpul maklumat sendiri sebelum mengambil tindakan lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*