“Bapa kecewa anak jadi mangsa buli…” Retak tangan, lebam badan lepas dibuli senior lewat malam

“Bapa kecewa anak jadi mangsa buli…” Retak tangan, lebam badan lepas dibuli senior lewat malam.

Seorang bapa kecewa apabila pihak pengurusan di sebuah sekolah di Seremban seolah-olah tidak mahu membela nasib anaknya yang menjadi mangsa buli baru-baru ini.

Menurut Zainizam Wakimun, 45, berkata, anaknya yang merupakan pelajar tingkatan satu sebuah sekolah projek sukan itu dipukul dan disepak sehingga mengalami lebam di badan oleh senior dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, 13 Mei lalu.

“Anak saya menjadi mangsa buli dan pukul, semasa kejadian dia telah dipanggil oleh seorang pelajar tingkatan lima yang berperanan seperti ketua yang meminta anak masuk ke sebuah bilik asrama lelaki.

“Anak kemudian dipukul di badan dan disepak oleh tiga orang pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan tiga,” katanya.

"Bapa kecewa anak jadi mangsa buli..."  Retak tangan, lebam badan lepas dibuli senior lewat malam

Menurut Zainizam, akibat kejadian tersebut, anaknya mengalami lebam, sakit di bahagian badan, pinggul, tangan dan bahu selain baru disahkan mengalami retak di pergelangan tangan.

“Pada mulanya anak tidak mahu cerita kejadian sebenar, mukanya kelihatan takut dan trauma selepas saya dan isterinya datang ke sekolah untuk berjumpa pengetua.

“Perjumpaan telah diadakan bersama pengetua dalam bilik dan kecederaan yang dialami anak telah ditunjukkan dan mereka juga kelihatan terkejut,” katanya lagi.

Zainizam berkata, susulan kejadian itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sikamat pada 13 Mei lalu dan lima orang pelajar senior telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu memukul sehingga mendatangkan kecederaan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*