Gerakan gugat kesetabilan kerajaan : Sudah-sudahlah, titah Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyuarakan kebimbangan terhadap desas-desus gerakan cuba menggagalkan kestabilan kerajaan selepas berakhirnya PRU15.

Titahnya, gerakan ke arah itu terus kedengaran sehingga ke hari ini.

“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titahnya dalam akaun rasmi Facebook baginda.

Baginda bertitah, rakyat sudah menyuarakan suara mereka dengan memberi undi kepada 222 wakil rakyat, namun gerakan menggugat kestabilan kerajaan dianggap “tidak sihat” kepada segenap rakyat.

“Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

“Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina. Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa,” titanya.

Memetik sumber, menyatakan bahawa Istana Negara tidak akan melayan sebarang dakwaan oleh mana-mana pihak bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah kehilangan sokongan majoriti.

Sumber itu, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu FMT bahawa perubahan kerajaan secara mendadak mungkin tidak berlaku, sambil menambah, “sebarang percubaan untuk menukar kerajaan menerusi Istana tidak akan berlaku”.

“Jika hendak ubah kerajaan, ia mesti dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya atau pembubaran Parlimen,” kata sumber.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*