Polis ‘dedah’ punca jurujual kereta maut jatuh dari tingkat 15 servis apartmen

Seorang jurujual kereta maut dipercayai jatuh bangunan di sebuah pangsapuri di Jalan Budiman, Seksyen 22 di sini, petang semalam

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 6.49 petang semalam.

Polis 'dedah' punca jurujual kereta maut jatuh dari tingkat 15 servis apartmen

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 7.08 malam, bomba dimaklumkan seorang lelaki dipercayai terjatuh dari tingkat 15 rumah jenis servis apartmen 21 tingkat.

“Mangsa yang berusia 46 tahun itu parah dan terkandas di lantai rumah di tingkat enam servis apartmen berkenaan dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit.

“Siasatan mendapati, mayat mangsa ditemukan seorang wanita dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak di tingkat enam, tiada saksi lain yang melihat kejadian berkenaan.

“Pemeriksaan sekitar mayat mangsa, polis menjumpai satu beg kecil berwarna biru mengandungi kad pengenalan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak.

“Menurut adik perempuan mangsa, si mati dipercayai terjun dari tingkat 15 apartmen berkenaan kerana mengalami masalah judi dan ketagihan alkohol.

“Mangsa dijadualkan ke pusat pemulihan esok untuk rawatan berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR). Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Saipol Paizi Zainol (012-5781435),” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*