{VIDEO} Lelaki ‘naik minyak’, serang jiran di majlis tahlil

SEORANG lelaki ditahan selepas mengganggu ketenteraman penduduk sewaktu penganjuran majlis tahlil di sebuah rumah dekat Dusun Bayu, Desa Bayu, Songgon, Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam pada Khamis itu, suspek bertindak menyerang jirannya, Satnoto, 56, yang berada di dalam rumah dengan bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Songgon, Asisten Komisioner Maskur berkata, suspek, Ahmad Isa Ansori, 37, ditahan selepas menyerah diri di balai polis.

Menurut Maskur, motif serangan hanyalah disebabkan kawasan parkir.

“Suspek dan mangsa berjiran, dia tidak berpuas hati kerana halaman rumahnya sering dipenuhi dengan kenderaan setiap kali jirannya itu melangsungkan majlis atau kenduri,” katanya pada Selasa.

Jelas Maskur, ternyata tindakan Satnoto membenarkan tetamunya meletakkan kenderaan di sebahagian halaman rumah Ahmad Isa tidak disenanginya sejak dari dulu lagi, hinggalah tercetusnya konflik baru-baru ini.

Ujar beliau, keadaan semakin memuncak apabila mangsa mengadakan kenduri tahlil di rumahnya pada Khamis.

Katanya, semasa majlis berlangsung, suspek tiba-tiba datang ke rumah mangsa dan mengingatkannya agar tidak meletakkan kenderaan sesukati hati.

“Pada awalnya mereka hanya bertikam lidah dengan suspek mengeluarkan parang sebagai usaha menakut-nakutkan mangsa.

“Namun apabila keadaan menjadi semakin tegang, suspek mula bertindak agresif dengan menikam mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di muka kiri dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*