Gadis tak sedar bakal suami ‘kaki pukul’ buat netizen risau

Gadis tak sedar bakal suami ‘kaki pukul’ buat netizen risau.

Keganasan pasangan sering kali kita dengari dan mengikut kajian sebelum ini, satu dalam setiap empat wanita di seluruh dunia melalui perkara ini sebelum usia mencecah 50 tahun. Bagaimanapun, difahamkan keganasan dosmetik ini lebih cenderung untuk berlaku pada wanita muda berusia 15 hingga 19 tahun.

Antara keganasan dosmetik yang dilakukan oleh pasangan wanita yang pernah laluinya adalah dari segi fizikal serta seksual dan ia dilakukan oleh suami ataupun teman lelaki.

Seperti perkongsiaan seorang pengguna di Twitter baru-baru ini namun telah dipadam olehnya, dia berkongsikan hantaran mesej peribadi seorang wanita menceritakan kisah kekasihnya yang bersifat abusive.

Menurut wanita berkenaan, dia bakal menikahi teman lelakinya dan semua kos berkaitan dengan perkahwinan akan ditanggung sepenuhnya oleh lelaki terbabit, namun satu perkara yang tidak di terima oleh wanita terbabit adalah sifat cemburu bakal suaminya itu.

Wanita itu turut berkata dirinya pernah dipukul hingga lebam hanya kerana menghantar mesej kepada rakan sekerja. Setiap kali wanita itu dipukul hingga lebam, lelaki terbabit akan membawanya pergi ke klinik dan meminta maaf seakan menyesal dengan apa yang dilakukan.

Rata-rata netizen merasakan wanita itu tidak menyedari bahawa dirinya merupakan mangsa penderaan domestik dan memberi nasihat agar dia meninggalkan lelaki itu sebelum terlambat.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*