{VIDEO} Netizen ‘seriau’ tengok budak tercicir atas jalan

Netizen ‘seriau’ tengok budak tercicir atas jalan

Viral di media sosial Facebook baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aishah Lokman yang memaparkan kejadian mengejutkan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video rakaman dashcam tersebut, dilihat sebuah kereta jenis Myvi berwarna hitam telah membuat pusingan u-turn di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila seorang bayi telah terjatuh dari kereta tersebut dan tercicir di atas jalan.

Mujur kanak-kanak yang jatuh tersembam itu segera diselamatkan oleh pemilik video serta orang awam dan disedari oleh ibunya yang bergegas ke lokasi kejadian bagi mengambil semula anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu.

Rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang turut cemas melihat kanak-kanak itu dan memesan supaya ibu bapa menggunakan car seat bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka ketika menaiki kenderaan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*