Doktor wanita meninggal dunia di bilik hotel diklasifikasi mati mengejut

Doktor wanita meninggal dunia di bilik hotel diklasifikasi mati mengejut.

Seorang doktor wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel di Pasir Panjang, Port Dickson, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata dalam kejadian pada 2 petang itu, seorang pekerja hotel menemukan mangsa terbaring di atas katil dalam bilik hotel tersebut.

Doktor wanita meninggal dunia di bilik hotel diklasifikasi mati mengejut
Gambar hiasan

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Pasir Panjang pada 2.56 petang,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian selain menerusi semakan pihak hotel, mangsa telah mendaftar seorang diri di hotel berkenaan pada 19 Mei lepas, katanya.

Aidi Sham berkata, mangsa yang berusia 37 tahun itu masih bujang dan merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson pada pukul 10 pagi tadi dan punca kematian belum dapat dikenal pasti.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*