‘Datin’ maut selepas bergelut dengan penyamun

‘Datin’ maut selepas bergelut dengan penyamun. Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek sebelum barang peribadi miliknya dilarikan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Paroi Jaya di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.25 malam melibatkan kematian seorang mangsa wanita berusia 70-an.

“Hasil siasatan tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan di anggota badan mangsa. Selain itu, beberapa barang milik peribadi mangsa telah tiada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa merupakan isteri kepada seorang bekas ahli perniagaan bergelar Datuk.

Nanda berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawak Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Beliau berkata, setakat ini motif kejafian masih dalam siasatan dan polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sehubungan itu, Nanda berkata, pihak polis memohon saksi, Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, yang beralamat di Lot 24 Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil memberikan kenyataan bagi membantu siasatan.

Sebarang bantuan, boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*