Bonus AKSB RM10,000 lukakan hati rakyat Kelantan

PEMBAYARAN saguhati Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah oleh syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) melukakan hati rakyat Kelantan.

TANGKAP layar yang menunjukkan tular mengenai pemakluman pembayaran agihan saguhati Hari Raya Aidlfitri berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah syarikat AKSB.

Kesan luka itu bertambah ‘parah’ apabila Dewan Pemuda Pas Kelantan bangkit mempertahan tindakan itu dan menyifatkan pemberian saguhati tersebut adalah prosedur biasa.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

“Lagi pula sebahagian besar lantikan ahli lembaga pengarah iaitu tujuh daripada sembilan orang adalah anggota yang profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air yang tiada apa-apa jawatan dalam parti.

“Soal perbandingan dengan jumlah kepada kakitangan, pada saya iatidak berbangkit kerana sebelum perkara ini viral, langkah penambahbaikan telah dibuat oleh pengurusan AKSB untuk kebajikan kakitangan bagi menghadapi hari raya seperti penjawat awam yang lain,” katanya dalam kenyataan media.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*