Salahuddin : KPDN sedia ‘perah tenaga’ jaga imej negara sepanjang LIMA ’23

KPDN sedia ‘perah tenaga’ jaga imej negara sepanjang LIMA ’23, kata Salahuddin Ayub. Salahuddin berkata, KPDN komited melaksanakan penguatkuasaan Ops 516 secara konsisten dan berimbang oleh pegawai penguat kuasa kementerian bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang supaya tiada implikasi negatif kepada imej negara dari aspek perdagangan domestik sepanjang LIMA ’23 berlangsung.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan 39 notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dalam Ops 516 setakat Isnin lalu sejak 16 Mei sempena penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata notis itu dikeluarkan selepas pihaknya membuat 432 pemeriksaan di premis berkaitan termasuk kedai makan dan kedai runcit di sekitar Langkawi dalam operasi bermula16 Mei lalu sehingga hujung bulan ini.

“Satu tindakan kes di bawah Akta Timbang Sukat 1972 telah diambil ke atas peniaga kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan,” katanya.

“Tempoh pelaksanaan Ops 516 selama 15 hari itu memfokuskan kepada aspek harga dan catut, bekalan, alat timbang dan sukat, barang tiruan dan cetak rompak serta berkaitan halal,” katanya.

Salahuddin berkata pengguna boleh menyalurkan aduan kepada KPDN sekiranya mendapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang berkaitan antaranya melalui WhatsApp 019-2794317/019-8488000 atau portal aduan http://eaduan.kpdn.gov.my atau pusat panggilan 1-800-886-800.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*