Tunggakan, bil semasa TNB bagi Loji Rawatan Air di Kelantan cecah 35.2 juta

Jumlah tunggakan dan bil semasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kesemua 50 Loji Rawatan Air (LRA) di Kelantan sehingga Julai 2022 mencecah sebanyak RM35, 221, 412 juta.

Anak jati Kelantan, Wan Mahussin Wan Zain berkongsikan butiran jumlah tunggakan bil utiliti itu menerusi Facebook selepas pihak ahli lembaga pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dikatakan ‘memerah minda’ dalam membuat keputusan.

Wan Mahussin Wan Zain

Justeru, Wan Mahussin secara sinis bertanyakan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Kamal Mohamad sama ada keadaan itu adalah ‘prosedur biasa’.

“Jumlah tunggakan dan bil semasa TNB bagi loji-loji rawatan air Kelantan? Wow, memerah idea atau mendekedarah elaun?

“Ada yang nak nafikan? Mohamad Kamal Mohamed, adakah ini prosedur biasa?” sindirnya.

Terdahulu, Kamal berkata, pemberian sagu hati kepada ahli lembaga pengarah setahun sekali adalah prosedur biasa sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam membuat keputusan dasar.

Mengikut jadual tunggakan dan bil semasa TNB itu, LRA Kelar di Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi menghampiri RM4 juta.

Tiga lagi RLA mengumpul lebih RM2 juta iaitu LRA Merbau Chondong di Machang, Chicha dan Kampung Puteh masing-masing di Kota Bharu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*