“Bini kau apa kurang…” Tegur lelaki dakap pelayan kedai, Caprice ‘disembur’ netizen

“Bini kau apa kurang…” Tegur lelaki dakap pelayan kedai, Caprice ‘disembur’ netizen.

Baru-baru ini, Caprice telah tampil memberikan pendapatnya tentang video viral sekumpulan penunggang motosikal meraba dan memeluk seorang wanita ketika mahu bergambar.

Penyanyi rap itu memang sering memuat naik video tentang pendapatnya tentang apa sahaja isu yang sedang hangat diperkatakan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mempersoal semua lelaki di dalam video itu mengapa mereka perlu ‘travel’ sejauh itu untuk mencuba air buah dijual oleh wanita berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Bagaimanapun, pendapat Caprice itu sebaliknya mendapat respon berlainan di Facebook di mana ramai netizen menempelak penyanyi rap terbabit.

Rata-ratanya memerli Caprice dan menyuruhnya menegur isterinya sendiri dahulu kerana kadang kala tampil berpakaian menjolok mata.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*