Bayi lahir 4 kaki, 4 tangan dianggap ‘jelamaan dewi’

Bayi lahir 4 kaki, 4 tangan dianggap ‘jelamaan dewi’.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan kelahiran seorang bayi yang miliki lebihan sepasang kaki dan tangan di percayai berlaku di Uttae Pardesh, India.

Memetik laporan Mirror UK, rakyat negara itu beranggapan bayi berkenaan merupakan jelmaan dewi bagi masyarakat Hindu.

Bukan itu sahaja, anak kecil itu juga dipuji dan dianggap sebagai ‘keajaiban alam semula jadi’, malah dikatakan adalah penjelmaan semula dewi menurut kepercayaan tempatan.

Gambar yang tular itu menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram itu mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki tambahan pada perutnya.

Bayi itu dilahirkan di Pusat Kesihatan Komuniti Shahabad hujung minggu lalu di daerah Hardoi, negeri Uttar Pradesh, utara India.

Kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan sihat meskipun keadaan bayi tersebut agak luar biasa.

Sebaik sahaja berita kelahiran tersebut tersebar di daerah berkenaan, penduduk tempatan berpusu-pusu datang ke hospiral berkenaan untuk melihat bayi dengan mata mereka sendiri.

Bahkan, mereka juga meletakkan julukan nama baru buat bayi kecil itu dengan ‘dwei berbilang anggota badan’.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*