“Berdepan dua pertuduhan…” Lelaki ‘terpinga-pinga’ setelah didakwa bunuh anak, isteri

Kejadian seorang lelaki yang dikatakan telah membunuh isteri serta anak yang berusia 2 bulan telah berdepan dengan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Tertuduh Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, 24, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, di rumah di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu.

Tertuduh juga didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari, di lokasi sama.

Lelaki yang berkerja sebagai pencuci kapal itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masing pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Danial Munir.

Ketika pertuduhan tersebut dibacakan, tertuduh yang memakai baju T hitam dan seluar biru, kelihatan terpinga-pingga dan sugul sebelum ditenangkan oleh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, Muhammad Qaiyyum tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain memohon tarikh sebutan kedua kes itu.

“Tarikh sebutan baharu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA (asid deoksiribonukleik).

“Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menyiasat keadaan mentalnya,” katanya.

Mohd Zulhilmi kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh ke Hospital Permai, hari ini bagi menjalankan pemeriksaan tahap mentalnya.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Ogos depan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat, DNA serta keputusan ujian psikiatri tertuduh.

Pada 4 Julai lalu, tertuduh dilaporkan melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dipercayai mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*