“Bercinta selepas nikah…” 22 pelajar pondok disatukan tanpa kenal pasangan

“Bercinta selepas nikah…” 22 pelajar pondok disatukan tanpa kenal pasangan.

Bernikah adalah lesen mendapatkan kebahagiaan cinta dan kasih sayang selain sebagai menghalalkan ikatan hubungan dua jiwa.

Bercakap tentang nikah, zaman moden ini ramai pasangan muda dan remaja lebih selesa untuk bercinta sebelum nikah dengan pilihan hati dengan alasan untuk mengenali hati budi sebelum berumah tangga.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seramai 22 pasangan pengantin dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Pondok Darul Falah Pusat di Sidoarjo, Jawa Timur baru-baru ini.

Lebih menarik, 22 pengantin itu saling tidak mengenali siapa pasangan mereka ketika dinikahkan.

Ketua sekolah pondok tersebut, Syaiful Bakri berkata, acara pernikahan melibatkan ramai pasangan pengantin itu akan dilakukan setiap lima tahun sekali.

Katanya, kebanyakan pengantin itu merupakan pelajar perempuan dan lelaki di sekolah pondok berkenaan yang sudah cukup umur dan ingin mendirikan rumah tangga.

“Kesemua pelajar itu akan dinikahkan dan mereka hanya bertemu dengan pasangan masing-masing selepas ijab kabul selesai.

“Hal ini tidak menimbulkan masalah kerana setiap pengantin sudah bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang dijadikan suami mereka,” katanya.

Jelas Syaiful, pernikahan kali ini merupakan yang ketujuh dilaksanakan di sekolah pondok berkenaan.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*