Bekas isteri PU Raihan batal tuntutan ‘mut’ah’ rumah banglo bernilai RM300K

Bekas isteri PU Raihan batal tuntutan ‘mut’ah’ rumah banglo bernilai RM300K.

Jika anda masih ingat, sekitar tahun lalu terdapat satu pertikaian telah berlaku antara Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni bersama bekas isterinya mengenai hak mut’ah berupa sebuah rumah bernilai lebih kurang RM300,000.

Bekas isteri PU Raihan, Ain Qaiyimah telah menuntut mut’ah sebagai tebus nilai rumah berkenaan yang dibina atas tanah milik bapa bekas suaminya itu.

Bekas isteri PU Raihan batal tuntutan 'mut’ah' rumah banglo bernilai RM300K

Namun begitu, baru-baru ini Ain menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya telah memaklumkan bahawa dia telah membatalkan tuntutan itu di atas beberapa sebab.

Meskipun sudah diingatkan bahawa terdapat kemungkinan dan risiko jika Ain ingin menuntutnya semula, namun wanita itu telah tekad dengan keputusan tersebut.

Ujar Ain, mereka berdua sudah berbincang dengan baik dan pembatalan tuntutan itu dibuat kerana dia sudah memaafkan dengan seikhlas hati bekas suaminya itu.

Jelasnya, meskipun tuntutan tersebut adalah layak untuk dituntut oleh Ain, namun dia lebih takut jika tindakan meneruskan hal itu akan menganiaya individu lain serta enggan mengaut keuntungan atas kepentingan dirinya sendiri.

Dia juga cuba reda dan ikhlas dengan takdir yang tertulis jika rezekinya bukan di situ.

Kesemua 4 tuntutan yang pernah difailkan Ain sudah diturunkan atas kerelaan hatinya sendiri dan tambahan pula dia juga sudah menjadi milik orang lain manakala PU Raihan juga sudah membawa haluan hidupnya sendiri.

Mereka berdua juga sudah bersetuju untuk berbaik demi menjaga kesihatan emosi dan mental anak-anak, hasil daripada perkongsian hidup mereka sebelum ini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*